LATARBELAKANG
Komiti ini dibentuk atas keputusan Mesyuarat Majlis Pastoral Paroki St. Thomas, Kepayan yang telah diadakan pada 9 April 2006. Cadangan awal penubuhan komiti-komiti disuarakan oleh Saudara Freddy James Malis semasa Mesyuarat Pertama Pastoral Paroki bagi Sesi 2006/2007. Cadangan tersebut mendapat sokongan padu daripada semua ahli Majlis dan tindakan diambil bagi merealisasikannya.
OBJEKTIF
Berusaha mencapai salah satu visi Diosis Kota Kinabalu bagi meningkatkan lagi usaha penjagaan alam sekitar supaya umat Allah supaya lebih jelas akan perlu nya menjaga, menghormati, memelihara, mengekalkan, mengindahkan, mengitar semula dan menghargai alam sekitar yang semuanya adalah ciptaan Allah dan menjadi tanggungjawab manusia untuk menjaganya.
VISI
Mendidik, membimbing, memelihara dan melaksanakan segala maksud bagi menjaga alam sekitar bermula daripada golongan muda, belia, keluarga dan seluruh umat Katolik.
ORGANISASI
Penaung/Penasihat : Rev. Fr. Fundes Motiung
Pelaksana : Freddy James Malis
Johnny P. Juinis
Rev. Sr. M. Rose Santos Hiew
Ahli-ahli : Badan-badan dalam naungan paroki
AKTIVITI-AKTIVITI
Beberapa aktiviti telah diadakan bagi mengerakkan serta meningkatkan kesedaran ( ”awareness” ) di kalangan ahli komiti dan umat Gereja St. Thomas, Kepayan. Beberapa aktiviti telah berjaya diadakan :-
1. Perjumpaan dengan semua wakil badan-badan yang dalam naungan Paroki daripada pertengahan tahun 2006 sehingga tahun 2007. Pengumuman di Gereja dan hebahan telah dibuat pada semua badan, namun kurang mendapat sambutan.
2. Perjumpaan dan pembentukan Jawatankuasa Pelaksana telah diadakan pada 26 September 2007 di Bilik Mesyuarat, Gereja St. Thomas, Kepayan dan jawatankuasa berikut telah dibentuk :-
Pelaksana : Freddy James Malis
Johnny P. Juinis
Rev. Sr. M. Rose Santos Hiew
Ahli : David Ho
Milim Lianus
Agustine Raphael
Adam Lamau
Hasil daripada perjumpaan tersebut, beberapa program telah dirancang dan akan dilaksanakan.
3. Mengadakan ”Ceramah Penjagaan Alam Sekitar dan Penghasilan Baja Komposit” telah diadakan pada 29 September 2007 di Gereja St. Thomas, Kepayan. Ceramah telah disampaikan oleh pegawai daripada Environmental Action Committee Sabah, Saudari Helen Erut dan dibantu oleh Saudari Jenny Pang. Ceramah berkenaan telah menarik seramai lebih kurang 50 orang umat telah hadir.
Bahagian pertama ceramah disampaikan oleh Saudari Jenny Pang mengenai kesedaran penjagaan alam sekitar dan tanggungjawab kita sebagai manusia ciptaan Tuhan serta petikan firman Tuhan yang meminta kita menjaga alam sekitar sesuai dengan Visi dan Misi Diosis Kota Kinabalu dan juga sesuai dengan Doa Diosis yang dilafazkan setiap Missa Kudus. Beliau turut menegaskan tanggungjawab ini diletakkan pada semua termasuk belia, keluarga dan gereja.
Bahagian kedua ceramah disampaikan oleh Saudari Helen Erut mengenai penghasilan baja komposit yang turut meningkatkan kesedaran pada semua umat bahawa banyak bahan buangan harian di rumah atau pejabat serta sekeliling boleh dimanfaatkan menjadi baja komposit. Beliau turut membuat demonstrasi penggunaan tong penghasilan baja komposit yang begitu mudah serta murah malah hasil baja yang dihasilkan adalah berkualiti baik dan bebas dari racun.
Dalam kenyataan yang dinyatakan oleh Saudari Helen Erut, mengikut rekod Kerajaan Negeri Sabah setakat ini tidak ada sebarang gereja yang menganjurkan ceramah sedemikian dan Gereja St. Thomas, Kepayan merupakan Gereja yang Pertama mengendalikan ceramah ini dan pertama menbuka kesedaran kepada umat Kristian. Beliau berharap usaha sebegini akan diteruskan dan dikembangkan kepada semua gereja.
4. Sempena dengan ceramah penjagaan alam sekitar, satu lagi aktiviti diadakan yang dijadikan sebagai aktiviti tambahan bagi membangkitkan kesedaran belia, keluarga serta seluruh umat Gereja St. Thomas, Kepayan mengenai kesedaran penjagaan kesihatan. Maka satu kaunter pemeriksaan darah telah diadakan pada 29 September 2007. Kaunter berkenaan telah mendapat khidmat bantuan daripada Persatuan Pembantu Perubatan Sabah dan Saudara Adam Lamau telah membantu membuat pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan kandungan kolesterol dalam darah.
KESIMPULAN
Aktiviti yang diadakan setakat ini amat bermakna kepada semua umat Kristian dan Gereja Katolik telah membuktikan telah berubah wajah dan telah berani tampil kedepan bagi meningkatkan kesedaran umat sejagat akan pentingnya menjaga alam sekitar dan tanggungjawab menjaganya. Adalah diharapkan usaha sebegini akan diteruskan dan dikembangkan lagi. Puji Tuhan!
Sumbangan :
Freddy James Malis
Penyelaras Komiti Alam Sekitar
Gereja St.Thomas Kepayan